Wednesday 23 November 2011

Sunday 13 November 2011

Belated Birthday Celebration...

assalamuaikum....
wah baru update blog... weekend aritu masih dalam mood raya aji... still ada makan2 besar kat kampung and rumah sdri... entry kali ni sebenarnya berlaku pada hari rabu 2/11/11 sebelum raya... disebabkan hati berbunga2 nk merasa daging korban yang lazat tu... maka hold dulu lah entry makan free ni... excely hari kejadian tu adalah pre birthday kawan saya and belated untuk saya. sbb tu ada 2 kek... empunya diri miss Noli yg belanja pizza yg berkeju sgt tu and mdm Zada blanja kek.... terima kash ye kwn2 org yg sambut birthday yg kena blanja...waaaa.... kek saya yg sblah kanan tu... Classisc Cheese Cake dr resipi rahsia... sgt sedap uols... i mmg pencinta cheese cake... selamat menjamu mata... nk bagi sikit pn xbleh sbb dah slamat kitorang bedal..

menu kitorang aritu...


Tuesday 8 November 2011

Hari Raya Aidiladha... Part 2

Assalamuaikum sume...
macam mane raya kamu sume.. ok ker?? namanyer raye, mestilah best kan... tahun ni raya haji giliran beraya rumah PIL kat Machang kelantan... pagi raya Muslim awal2 lagi dah disiapkan oleh aku dengan baju melayu purple raya puasa aritu... en pazrul & muslim baju melayu recyle yer, ibu mestilah jahit baju baru...hehe..
Budak kecik ni bkn main happy lg nk g beraya.. pagi2 lepas en pazrul balik smyg raya kami ke rumah nenek dan terus ke KB, rumah nenek saudara en pazrul... 2 ekor lembu tumbang aritu... tp kitorang sampai masa dah siap sembelih bkn tu jer, dah siap masak pun.. haha, sampai2 trus boleh makan.... duk sana sampai ptg pastu kitorang balik Machang smula sbb lepas magrib kitorang nak ke Rantau Panjang... kampung aku plak...
time balik, muslim terkencing terkena lah baju raya ku yang glamer tu... waaaa... 


aku & Muslim dah ready nk beraya...


purplenya anak ibu...

kami sekeluarga...

Thursday 3 November 2011

Hari Raya Aidiladha... Part 1

Saya dh start bercuti... cuti pjg jg la... selamat ari raya aidilahda tuk sume....

Doa untuk seorang Teman...

Doa untuk seorang teman sempena hari lahirnya...
Tuhan... 
Ku panjatkan doa ini untuk temanku...
kau berkatilah umurnya di dunia ini,
kau permudahkan segala urusannya...

Tuhanku....
halus jiwanya sering terusik dek keadaan...
Kau berikanlah ketenangan padanya...
kenangan yang terlalu payah untuk di lupakan,
namun ku tahu
jauh di sudut hatinya mengimpikan bahagia seperti insan lain...

Tuhanku...
Berikanlah sinar harapan kepadanya,
agar titisan jernih di pipinya tidak mengalir lagi....

Aminnnn....

Buat sahabatku... selamat hari lahir... semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki

Wednesday 2 November 2011

Tuesday 1 November 2011

Bila Isteri Terlalu Sayangkan Suami



Anda sanggup??
Sumber: Zon Bebas

Perbezaan antara daging babi dan daging lembu

Sumber: Zon Bebas

1. Warna
2.  Serat daging

Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging diregangkan bersama (lihat gambar).

3. Lemak

Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging lembu agak kering dan kelihatan berserat

4. Tekstur

Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan. Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan.

5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.