Tuesday 12 June 2012

Besarnya rumah beliau...


Banglo RM3 juta menyemarakkan dakwaan skandal seks pelakon dan menteri.





Telah dimuatkan dalam berita, gambar sebuah banglo baru yang besar dan dikatakan bernilai sekurang-kurangnya RM3 million dimana telah didiami oleh pelakon itu kira-kira setahun yang lalu
Menurut Harakah, rumah yang terletak di alamat kawasan mewah yang baru, 'The Valley' di Bukit Indah, Ampang, dipercayai milikpelakon itu. Bekas pemandunya baru-baru ini mendakwa pelakon itu telah menerima bayaran dalam bentuk wang tunai dari menteri yang berjumlah RM1.5 juta dalam tempoh 4 bulan.
Sumber memberitahu Harakah bahawa pelakon itu telah membelanjakan RM 1 juta untuk mengubahsuai rumahnya. Rumah itu yang dilengkapkan dengan kamera litar tertutup, rumah pengawal telah dibeli diatas nama seorang ahli keluarga tambah sumber itu.
Bagaimana Zahida boleh jadi begitu kaya sedangkan P Ramlee…
'Lagenda' Malaysia P Ramlee juga telah meninggal dunia dalam keadaan yang papa. Hanya pada minggu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL telah menutup rumah Allahyarham P. Ramlee sederhana dan lusuh di Taman Setapak, Kuala Lumpur selepas keluarganya gagal membayar cukai tunggakan sewa berjumlah kira-kira RM10, 000. Perkara itu telah dianggap selesai selepas ahli-ahli Parlimen memutuskan untuk memungut derma di kalangan ahli Parlimen bagi tujuan membayar DBKL.
Malah, ketidakadilan sosial di Malaysia semakin buruk apabila jurang antara yang kaya dan miskin semakin luas, dengan golongan elit pemerintah menggunakan kuasa politik mereka untuk melepaskan diri dari hampir semua perkara, termasuk pembunuhan sekalipun.
Sumber: Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment