Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Tuesday, 25 September 2012

Hujung minggu yg full....

Dah nk sampai hujung plak bru terkial2 nk update... skrg ni bz marking segala test n quiz student yg mana masih bersisa tu... pening n nk muntah rasanya.... arini berjaya marking quiz utk 2 kelas n test utk 1 kelas... ok lah tu... dr xmarking lansung.... sabar ye student2 ku... sabar lah menunggu carry mark yg ada sesetengah tu buatkan aku naik angin... huhhhh... Lari dr tajuk karangan dah ni... dusss...

Arini nk crita pasal pengisian hujung minggu ku minnu lepas... skema ayat... hehe... aku start cuti dr ari Jumaat lagi... Kamis malam trus kretapi memecut laju bawa aku balik klate... tp mcm biasa train pkul 1.08am (ikut time tiket) tp sampainya pkul 2.00am okey... kira ok lah lmbat sejam... rekod terbaik aku sbg penumpang setia KTMB ni adalah 3 jam lewat and tersadai rosak selama 5 jam... hebat tak?

so, pukul 8.00am lebih skit aku sampai kat Tanah Merah and selepas aktiviti basuh baju suami n anak kami trus balik Pasir Mas lepas semayang Jumaat... sbb dh janji nk lunch dgn parents aku... kami lunch pkul 4 ptg yer... kebulur.... so layan lh pic kami ni.... 
ni gmbr intro... hehe... budak kecik yg dh nk masuk 3 thn bln disember ni.... Ibu ada suprise ni nk bg masa besday.... tunggu....

Destinasi pertama kami... menjamu selera di Restoran Thai-Malay, Rantau Panjang, Kelantan... 
Aiskrim Muslim ni kami order plg last tp dapat plg awal sbb xtahan dh dengan gaya hyper dia... Umi aku sampai g ambik sdri aiskrim tu kt dapur restoran tu....

Lepas dh abis aiskrim dia, mangsa seterusnya air abah yg begitu menawan... hehe...Mocha Ice Blended Special.... Abah dia xbagi banyak sbb tkut abis... hehe... nasib baik xlama pastu lauk n nasi sampai...
so, makan nasi lah plak.... Muslim mkn dengan tomyam... walaupn ternganga2 mulut sbb pedas tp abis juga la nasi 5-6 sudu... kira byk lh tu...

ni menu kami.... aku mkn dlu bru snap... lapar wei....
Tomyam campur, kailan ikan masin, kerabu sotong n siakap 3 rasa... Abah aku yg blanja ni... hehe

lepas tu kami ke Masjid Beijing Rantau Panjang... nk semayang asar... sbb lepas tu nk g umah atok aku plak... nk bw adik aku jumpa dia sblm fly ke Mesir smula... dh abis cuti dh. kejap je kan 2 bln... kna tunggu 10 bulan lg bru lah balik Mesia lg... layan gambar menyusu je sbb xleh nk ambik gmbar kt luar sbb time ni angin kuat... nk hujan...

Hari Sabtu plak kami kuar g Kota Bharu... nk g survey phone... adik aku yg nk bli... aku yg survey.... terbayang2 Samsung Galaxy Note 10.1.... waaaaa..... teringin nyer nk pegang S pen.... huhu.... sabar... kita tunggu Claim masuk dulu.... Cepat lah Bendahari oiiii.... hamba dh xsabar nk berbelanja ni...  

Balik dari KB, balik smayang n makan lepas tu dalam pkul 4ptg kami g Pantai Seri Tujuh.... adik aku nk beli Ikan Bilis n Ikan kering nk bw g Mesir... xbau ke dlm flight? Gasaklah... Kat bawah ni aksi budak kecik Muslim....


Kat Pantai dgn abah... time ni umi aku dk menjerit takut husband aku terlepas pegang Muslim... Muslim melompat tah hengat doniaa.... xpernah lg kot aku bw dia ke ppantai... hehe kesian...

time ni kat playground Pantai Seri Tujuh... 

Balik dari pantai kami singgah makan lagi.... tp xde gambar... sbb time ni muslim tdo... aku xleh nk snap .... kami order 4 nasi lemak biasa, 1 bihun sup n nasi dengan lauk ikan percik.... + air.... semua RM40.00... gler mahal... kedai mkn biasa je pun bkn restoran besar pn... Sampai rumah je dh pkul 8.30pm... pkul 11.30pm kami bertolak ke rumah mak mertua di Machang sbb esok, Ahad laki i dh kerja.... 
Ahad malam aku bw adik ipar g Pizza Hut... celebrate besday dia.... 

Bersungguh2 mkn....

Muslim, Ayam & Janggut Abah... hehe.... 
Happy ibu tgk kamu mkn... nanti ibu blanja lg yer....
Isnin plak mcm biasa, aku dh balik Jengka.... operasi mencari rezeki... ok sayang, nanti jumaat ni ibu blnja lg... Bru dpat gaji... xckp pun org tau lah... mcm lah kita je bergaji.... tu je crita hjg minggu kami....

Thursday, 28 June 2012

Kelebihan Budu

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

Khasiat
Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Budu dan mempelam.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Kelemahan
Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderika sakit gaut.


Sumber : http://mrsnorhobi.blogspot.com
http://ms.wikipedia.org/wiki/Budu





























































Sunday, 11 December 2011

Ikan bakar Powerrr...

masakkan ni dah lama aku masak... masak dengan MIL lagi uols.. hehe... tp sebab bzzzzzzzzzz sgt, lambt ckit update, student diploma bru register, so, org yang jenis buat kerje last minit mcm aku ni kalut la bila dah naik sem... lecture dh start 2 minggu manual bru siap... bleh gtu??

Ikan Talapia Bakar

Ikan Kembung Bakar

ini lah hasil dari mak mertuaku belek majalah mingguan wanita selama nak dekat sejam semata2 cari resipi sambal ikan bakar ni... skali bukan nya letak benda pelik2 pun... streesss aku tunggu... kat bawah ni aku setakan resipinya... dari majalah mingguan wanita.. haha...

IKAN BAKAR POWERRR....

Bahan-bahan:
Seekor Ikan talapia sederhana besar
@ 3 ekor ikan kembung
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
5 tangkai cili kering
3@4 biji cili (klau nak pedas la...)
seinci halia
sedikit belacan
gula, garam dan perasa
sedikit air asam jawa...

Cara-cara:
bakar ikan sampai masak tp jgn kering sangat..
xbest... bila dh masak ketepikan and buat sambal..
blend jer semua bahan diatas...
tumis semuanya sampai betul2 masak tanpa...
tunggu sehingga sambal betul2 kering...
kemudian, curah je atas ikan bila dah masak..
dah siap... hehe...

Wednesday, 23 November 2011