Showing posts with label warna kehidupan. Show all posts
Showing posts with label warna kehidupan. Show all posts

Thursday, 6 September 2012

Rahmat yang Tuhan Bagi... Tapi Kita Tak Perasan...


Situasi: Perbualan antara aku dan sorang teman sekerja (Pensyarah X)

Pensyarah X : Dah berapa lama kat sini?
Aku : Dah nk masuk 4tahun.
Pensyarah X : Oooo... dah bleh apply 52 ler next year...
Aky : xlagi kot.... (senyum)

**52 maksudnya Gred DM52 (Gred untuk Pensyarah Kanan UiTM, antara syaratnya: kena berkhidmat minimun 5tahun dalam gred DM45... gred sekarang)

Kenapa aku senyum?
Huh... nak apply DM52 konon... nak buat research untuk confirm pun aku terkial-kial, ni nk apply DM52. Kadang-kadang aku terpikir juga bila tengok kawan2 sekerja yang cemerlang lagi terbilang dalam kerjaya. Aku plak... nan ado... nak mengaktifkan diri dalam apa2 aktiviti tak wajib jauh skali... buat kerja yang wajib jer... ngajar... ngajar dan ngajar...

tapi kadang2 kita akan jeles tgk orang yang macam ni kan... pernah terfikir.... kenapa ler aku xjd mcm dia... tapi bila muhasabah diri aku temui jawapan yang sebenarnya.... Dalam hidup ni xsemua benda yang kita nak kita bleh dapat... kadang2 kalau kita nak kan sesuatu... kita kena lepaskan sesuatu yang lain... perancang terbaik hanya Allah SWT...

Berbalik kepada perbualan aku dengan Pensyarah X tadi... ada dikalangan kawan2 sekerja kita, perjalanan karier mereka lancar jer, ada yang xbrapa lancar tapi ok je... ada yang xlancar mcm sama jer tiap2 tahun malah kadang2 makin merosot... aku ler tu...hehe... kalau tgk markah SKT mcm graph yang xstabil... turun naik berbukit bukau... so, aku pun buatlah analisis kat sini... wah mcm ajar statistik plak...
** maaf kalau ayat xbrapa best... aku bkn cikgu BM

Situasi 1: Rahmat : Karier,      Dugaan : Jodoh
Ada sorang ni karier nya bagus, meningkat jer... rajin wat reseach.. cukup 5thn dapat DM52... tapi usia sudah meningkat, tapi jodoh belum sampai...

Situasi 2 : Rahmat : Karier,     Dugaan : Anak
Sorang ni pun karier lancar jer dan tuhan menganugerahkan jodoh terbaik untuknya... tapi rezekinya untuk ada anak tuhan belum makbulkan lagi...

Situasi 3 : Rahmat : Karier,    Dugaan : Masalah dengan Pasangan
Kariernya berjalan lancar, dianugerahkan Allah anak2 yang comel namun bermasalah dengan perkahwinan, samada suami ataupun isteri.

Stuasi 4: Rahmat : Suami dan Anak        Dugaan : Karier
Dianugerahkan suami yang insyaalah jodoh yang terbaik, anak2 yang comel dan manghiburkan, namun terpaksa berjauhan atas desakan kerjaya. terpaksa berulang alik (perkahwinan jarak jauh). Kekangan masa menyebabkan urusan kerjaya tidak selancar yang diharapkan...

Situasi 5 : Rahmat : Suami, Anak2 dan Kerjaya       Dugaan : Tidak dilihat secara zahir
Mungkin dari segi mata kasar kita, kita nampak semuanya berjalan lancar bg mereka... tapi... kawan aku punya ayat... kita xtau masalah mereka... betul tu...

Mana satu situasi korang?
tak kita lah mana satu, percaya lah setiap yang terjadi dan yang ditentukan ke atas kita ada rahmat disebaliknya. kita cuma perlu muhasabah diri... dan kita akan temui jawapannya... jadi, bersyukurlah dengan rahmat Allah pada kita.... jangan sesekali menyalah kan takdir... setelah itu, kita akan dapat kekuatan untuk menempuhi segala dugaan yang datang dalam hidup kita....




Wednesday, 5 September 2012

untuk isteri2....

Bagi isteri yang baru bernikah yang ingin terus kekal Memikat Suami/Lelaki nya menyayangi dan menghormati akan kehadiran nya. Dan pada bakal isteri pula akan mencari jalan supaya bakal Memikat Suami/Lelaki sentiasa sayang sepanjang hayat.Umpama sahabat dan kasih sejati. 
Untuk gadis dan wanita yang belum berkahwin,ianya boleh dijadikan pertambahan ilmu dan modal nasihat buat teman -teman nya yang sudah berkahwin.
Di bawah ini adalah antara cara-cara memikat suami/lelaki anda :
1. Selalu berdoa agar Memikat Suami/Lelaki sentiasa menyayangi kita.
2. Bila Memikat Suami/Lelaki balik dari kerja, tegur dan sentuh Memikat Suami/Lelaki sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan Memikat Suami/Lelaki sepanjang hari. ( jika Memikat Suami/Lelaki dalam mood yang sesuai)
4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah Memikat Suami/Lelaki. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada Memikat Suami/Lelaki.
7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh Memikat Suami/Lelaki dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran Memikat Suami/Lelaki )sekali-sekala.
9. Beri pujian terhadap penampilan Memikat Suami/Lelaki – rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya
10. Cepat-cepat pujuk bila Memikat Suami/Lelaki marah atau berkecil hati.
11. Minta bantuan Memikat Suami/Lelaki hanya jika sesuai–sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
12. Elakkan Memikat Suami/Lelaki dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
13. Bila Memikat Suami/Lelaki memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
14. Bila Memikat Suami/Lelaki meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )
15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada Memikat Suami/Lelaki sekurang -kurangnya 2 kali sehari.
16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu Memikat Suami/Lelaki apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan Memikat Suami/Lelaki.
17. Bila Memikat Suami/Lelaki bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh Memikat Suami/Lelaki, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat Memikat Suami/Lelaki terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
19. Tanya Memikat Suami/Lelaki bila dia ingin berehat atau tidur.
20. Peluk Memikat Suami/Lelaki dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
21. Telefon Memikat Suami/Lelaki di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila Memikat Suami/Lelaki menggalakkannya.
22. Jika Memikat Suami/Lelaki perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
23. Jangan ganggu Memikat Suami/Lelaki ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
24. Jika Memikat Suami/Lelaki marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
25. Bila meminta bantuan Memikat Suami/Lelaki :- 
* terangkan pada Memikat Suami/Lelaki dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. 
* Beri pilihan kerja yang disukainya. 
* jangan menyuruh-nyuruh 
* gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
26. Pesan ke Memikat Suami/Lelaki untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun Memikat Suami/Lelaki berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.
28. Sokong pendapat Memikat Suami/Lelaki kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
29. Peluk dan belai Memikat Suami/Lelaki sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
30. Sentiasalah lafaz 3 kata "I LOVE YOU"

Wednesday, 25 July 2012

Bicara Rabu...

Kita tak boleh paksa orang berubah dan ikut cara kita.. Andai dia tak mampu mengikut, jangan pula kita memaksa.. Biarlah dia berubah kerana Allah S.W.T bkn krn dipaksa sesama manusia. ♥

Wednesday, 18 July 2012

Saturday, 14 July 2012

HIdup kita....

Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.

Saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya,

“Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan.”