Tuesday, 3 July 2012
Thursday, 28 June 2012
Kelebihan Budu
Budu
atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan
bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan
dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses
daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan
oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam
pembungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau
dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air
perahan limau nipis.
Budu
yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat
perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun,
Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru
ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan
antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh
(immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang
kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama
ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu
didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu
menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif
seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser
dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati
budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea),
penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah
dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein
yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam
terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit
diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu
sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan
bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta
menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ
kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan
akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan
neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan
pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala
flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2
kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air
(vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang
paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1
(thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin,
vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu
merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria
klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12
ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan
daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah
merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit
anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Budu dan mempelam.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di
antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan
atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan
manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga
badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di
dalam badan.
Selain
pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro
dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan
magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram
budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk
isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon
juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk
menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan
atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak
berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan
tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati
berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang
terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah
pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan
terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein
dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga
antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai
sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan
lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika
Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang
terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses
penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan
salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan
lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut
aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan,
jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan
kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan
kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat
hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,
serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji
rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm
sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar
dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang
berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary
fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara
8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah
serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat
di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah
untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa
khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi
pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu
seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk
tubuh badan.
Kelemahan
Budu mempunyai bau yang agak kuat dan
kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang
agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderika sakit gaut.
Sumber : http://mrsnorhobi.blogspot.com
http://ms.wikipedia.org/wiki/Budu
Wednesday, 20 June 2012
Tuesday, 12 June 2012
Besarnya rumah beliau...
Banglo RM3 juta menyemarakkan dakwaan skandal seks pelakon dan menteri.
Telah dimuatkan dalam berita, gambar sebuah banglo baru yang besar dan dikatakan bernilai sekurang-kurangnya RM3 million dimana telah didiami oleh pelakon itu kira-kira setahun yang lalu
Menurut Harakah, rumah yang terletak di alamat kawasan mewah yang baru, 'The Valley' di Bukit Indah, Ampang, dipercayai milikpelakon itu. Bekas pemandunya baru-baru ini mendakwa pelakon itu telah menerima bayaran dalam bentuk wang tunai dari menteri yang berjumlah RM1.5 juta dalam tempoh 4 bulan.
Sumber memberitahu Harakah bahawa pelakon itu telah membelanjakan RM 1 juta untuk mengubahsuai rumahnya. Rumah itu yang dilengkapkan dengan kamera litar tertutup, rumah pengawal telah dibeli diatas nama seorang ahli keluarga tambah sumber itu.
Bagaimana Zahida boleh jadi begitu kaya sedangkan P Ramlee…
'Lagenda' Malaysia P Ramlee juga telah meninggal dunia dalam keadaan yang papa. Hanya pada minggu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL telah menutup rumah Allahyarham P. Ramlee sederhana dan lusuh di Taman Setapak, Kuala Lumpur selepas keluarganya gagal membayar cukai tunggakan sewa berjumlah kira-kira RM10, 000. Perkara itu telah dianggap selesai selepas ahli-ahli Parlimen memutuskan untuk memungut derma di kalangan ahli Parlimen bagi tujuan membayar DBKL.
Malah, ketidakadilan sosial di Malaysia semakin buruk apabila jurang antara yang kaya dan miskin semakin luas, dengan golongan elit pemerintah menggunakan kuasa politik mereka untuk melepaskan diri dari hampir semua perkara, termasuk pembunuhan sekalipun.
Sumber: Malaysia Chronicle
Thursday, 24 May 2012
Berita sentap di malam jumaat....
Wah... tajuk....
Sebenarnya aku nak citer skit ni.. 10 minit lepas housemate aku call....
Na: K.su, ada dengar citer x?
Aku: Citer apa?
Na: Tadi Madi(tunang Na) bgtau, En Razmi (lecturer satu fac dengan Na&Madi) bgtau ada orang nak jual rumah kat Permatang(taman perumahan kitorang). pastu Madi tanya rumah mana? then En Razmi bgtau rmh no 27, lorong Permatang 1.... then, Madi trus terdiam and tepon Na...
Aku: Haaaa, biar betul... (sentap)
Kenapa aku sentap???? Rumah No 27 tu rumah yg kitorang tengah sewa skrg ni... waaaaa.... punyalah "BAGUS" tuan rumah nak jual tp xbgtau pun kitorang... sape yang pernak duk jengka taulah betapa azabnya nk cr rumah kat jengka ni... ya, ampun, sewa dah la mahal... rumah plak sikit...
Tuesday, 3 April 2012
Pernah tak rasa rezeki bulan ni lebih dari biasa???
orang lain mungkin selalu je kot... aku je jarang2... alhamdullillah, bulan april yang bukan april fool ni, tuhan bg rezeki lebih skit... mula2 dengan en pazrul yang tetiba je CEO nya announce dapat bonus 2 bulan gaji.. hehe sbg isteri aku rasa mcm aku pun dapat bonus lah jg kan,,, betul tak isteri2 semua... senyum jahat...hehe...
pastu, mesti semua orang2 keje gomen tengah xsabar nak tengok payslip bulan ni ye.... tunggakan gaji kita... rezeki2...
seterusnya, sekarang ni kan musin final exam untuk seluruh UiTM, adalah juga rezeki aku menanda skrip jawapan untuk Kolej2 Bersekutu UiTM, mahal juga claim dia, RM12/skrip... tamabh pulak dengan claim aku magaor part time bulan feb aritu... cek kluar bulan ni juga... Bos plak bagi aku peluang ajar intersesi (short course)... 5 minggu je ajar tapi claim nya 2K++... alhamdullilah dapat la beli baju raya nanti... tu jer... harap2 perompak tak baca.... nauzubillah... tu je aku nak share...
pastu, mesti semua orang2 keje gomen tengah xsabar nak tengok payslip bulan ni ye.... tunggakan gaji kita... rezeki2...
seterusnya, sekarang ni kan musin final exam untuk seluruh UiTM, adalah juga rezeki aku menanda skrip jawapan untuk Kolej2 Bersekutu UiTM, mahal juga claim dia, RM12/skrip... tamabh pulak dengan claim aku magaor part time bulan feb aritu... cek kluar bulan ni juga... Bos plak bagi aku peluang ajar intersesi (short course)... 5 minggu je ajar tapi claim nya 2K++... alhamdullilah dapat la beli baju raya nanti... tu jer... harap2 perompak tak baca.... nauzubillah... tu je aku nak share...
Wednesday, 15 February 2012
bersawang punya pasal...
salam sume...
dh lama x update... dah bersawang dh blog nih... kalau rumah yg dh lama tinggal mesti dh nk roboh kan...
boleh plak aku lupa email add aku masa nk login... punyalah lama x update... bz sgt lah sem ni... xtau lh nape... byk benda nk citer, tp xpelah dh lepas mls nk type... boleh gitu... tunggulah lg 2-3 minggu, mingkin aku aktif smula berblog, sbb lecture sem ni dh nak abis... nk final dh ni... lega skit... babai dlu yer...
dh lama x update... dah bersawang dh blog nih... kalau rumah yg dh lama tinggal mesti dh nk roboh kan...
boleh plak aku lupa email add aku masa nk login... punyalah lama x update... bz sgt lah sem ni... xtau lh nape... byk benda nk citer, tp xpelah dh lepas mls nk type... boleh gitu... tunggulah lg 2-3 minggu, mingkin aku aktif smula berblog, sbb lecture sem ni dh nak abis... nk final dh ni... lega skit... babai dlu yer...
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)
